CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, August 7, 2009

Kuih Bangkit Santan,Coklat Cip Rangup,Tat Nenas,Biskut Nestum O La la


Kuih Bangkit Santan

Bahan-Bahan:

5 cawan tepung ubi
2 cawan gula
1 cawan tepung gandum
2 biji kelapa di ambil pati nya
1 biji telur
Pewarna merah

Cara Menyediakan:

  1. Pukul gula dan telur hingga rata.Masuk dan gaul tepung ubi dan tepung gandum.
  2. Masuk pati santan dan uli rata menjadi doh.
  3. Canai dan terap dengan acuan kuih bangkit.
  4. Bakar sehingga masak dan hiaskan dengan pewarna merah


Coklat Cip Rangup

Bahan-Bahannya:

250 gm mentega
200 gm gula kastor
100 gm coklat cip
300 gm tepung gandum
150 gm gula
1 sudu teh b/p
Sedikit esen vanilla
2 biji telur

Cara-caranya:
1.Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.

2.Masukkan telur,esen vanilla,serbuk penaik dan kacau rata.

3.Masukkan tepung gandum,gula kastor,coklat cip dan kacau sebati.

4.Bentuk bulat dan tekan dengan garpu.Bakar sehingga masak.



Tat Nenas

Bahan_Bahannya:

250 gm mentega
100 gm gula aising
50 gm tepung kastad
50 gm tepung jagung
200 gm tepung gandum
250 gm jem nenas pekat

Cara Menyediakan:

  1. Campurkan mentega dan gula aising dan pukul sehingga kembang.
  2. Masukkan kesemua jenis tepung dan uli rata.
  3. Canai dan terap dengan acuan tat .
  4. Masukkan jem nenas dan gulung kemas.Potong kecil-kecil kemudian bakar selama 20 minit.


Biskut Nestum O La la

Bahan-Bahannya:

250 gm mentega
150 gm serbuk nestum
150 gm gula aising
50 gm tepung jagung
50 gm tepung ubi
200 gm tepung gandum

Cara Menyediakan:

1.Pukul gula dan mentega hingga kembang.

2.Masukkan nestum,tepung jagung,tepung gandum dan tepung ubi.Gaul sebati menjadi doh.

3.Canai dan terap.Bakar 20 minit


1 comment:

  1. Follow blog akakk=)
    erm, nestum tu kena kisar ke?

    ReplyDelete

adverlets

widgetbucks

Google Web Search Gadget

Search This Blog

Loading...

adiwidget

adiWidget